Panduan Memohon MRSM Sesi 2021

0 672

Maktab Rendah Sains Mara ditubuhkan bertujuan bagi menambah bilangan bumiputera profesional dalam bidang sains dan teknologi dan keusahawanan. Seramai 150 orang pelajar perintis Bumiputera telah menjadi kumpulan pertama diterima belajar di maktab ini. MRSM telah ditubuhkan selama 50 tahun sehingga ke hari ini.

MRSM telah membuka permohonan untuk kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2021. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum 4 Disember 2020.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui panduan memohon ke MRSM bagi sesi 2021.

PANDUAN MEMOHON MRSM SESI 2021

Ikuti langkah berikut untuk memohon kemasukan MRSM ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :

Langkah 1

Pergi ke laman sesawang Permohonan Kemasukan Ke MRSM

permohonan mrsm 2021

Langkah 2

Klik Syarat & Baca

Permohonan MRSM 2021

Langkah 3

Klik pautan PERMOHONAN dan pilih Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Panduan permohonan 2021

Langkah 4

Buat pendaftaran penggunan dengan mengisi nombor Mykad Calon.

permohonan mrsm 2021

Langkah 5

Lengkapkan maklumat seperti NAMA, EMEL, SEKOLAH dan klik HANTAR.

Panduan memohon mrsm

Langkah 6

Selepas klik HANTAR, anda akan menerima kata laluan yang dihantar.

panduan memohon mrsm

Langkah 7

Anda perlu log masuk semula dan isikan nombor Mykad & Kata Laluan yang diberikan serta klik MASUK.

panduan memohin mrsm

 

Langkah 8

Anda perlu melengkapkan maklumat-maklumat berikut untuk membuat permohonan:

  • Pemohon

panduan permohonan mrsm

  • Ibu bapa

panduan permohonan mrsm

  • Pendapatan keluarga

panduan permohonan mrsm

  • Pilih program dan MRSM

panduan permohonan mrsm

  • Pilih pusat UKKM

permohonan mrsm

Langkah 9

Klik / di bahagian perakuan & HANTAR.

panduan permohonan mrsm

Langkah 10

Mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.

Langkah 11

Anda perlu mencetak borang permohonan yang telah lengkap diisi, dan anda boleh ‘log keluar’ setelah selesai mencetak.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

Bagi pemohon yang layak anda dikehendaki untuk menduduki ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM (UKKM) seperti berikut:

  • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
  • UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.
  • UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020.
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Pemohon diingatkan semula untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 4 Disember 2020.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.