Permohonan Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Kini Dibuka

0 580

Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah membuka permohonan bantuan tabung amanah kepada semua pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Pelajar yang memerlukan bantuan boleh mengemukakan permohonan bermula 16 Ogos 2020.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan dilakukan.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bantuan tabung amanah ini bermula daripada 16 Ogos 2020 sehingga 16 September 2020.

JENIS BANTUAN

Berikut merupakan jenis-jenis bantuan yang akan diberikan:

  • Sara Diri
  • Keperluan Pengajian/Peralatan
  • Kos Rawatan/Perubatan

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan ini adalah:

  • Terbuka kepada semua pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPN hanya layak memohon Bantuan Sara Diri.
  • Pelajar telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.

CARA MEMOHON

Pelajar yang ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan di bawah bermula daripada 16 Ogos 2020 sehingga 16 September 2020.

Lengkapkan segala maklumat diri yang diminta beserta muat naik dokumen yang diperlukan. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Jika pemohon menpunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh hubungi di talian berikut:

  • Pn Suhaida – 013 724 7409
  • Miss Fiqa – 013 755 6348

Leave A Reply

Your email address will not be published.