Permohonan Insentif Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) Kini Di Buka

0 926

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan menyediakan bayaran insentif bagi Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP). Bayaran insentif ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan  pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam industri pengasuhan kanak-kanak di Malaysia.

Individu yang berminat dan ingin mengetahui manfaat dan kelebihan yang diterima sepanjang kursus berlangsung boleh mengikuti perkongsian ini.

FAEDAH YANG DITERIMA PESERTA KURSUS

Antara faedah yang diperolehi oleh peserta kursus melalui bayaran insentif ini adalah seperti berikut:

  • Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) peserta akan dibiayai menggunakan insentif ini.
  • Menerima Sijil KAP setelah selesai menjalani kursus ini.
  • Diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar.

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran insentif KAP yang boleh diberikan adalah sebanyak RM900.00 seorang.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi memohon bayaran insentif KAP ini adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang berusia 18 tahun ke atas
  • Pengasuh di TASKA berdaftar yang belum hadir dan lulus KAP / KAAK
  • Individu yang berminat untuk bekerja dalam industri pengasuhan kanak-kanak.

KAEDAH PELAKSAAN

Kaedah pelaksanaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak melalui insentif ini adalah:

  • KAP dijalankan secara atas talian
  • Penilaian peserta adalah melalui peperiksaan dan praktikum.

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh mendapatkan borang permohonan di laman sesawang ezi2car di bawah:

BORANG PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF KAP

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan insentif ini kepada agensi latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bayaran Insentif Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP), anda boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan atau boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau talian kasih 15999 atau Whatsapp talian kasih 019-2615999.

Leave A Reply

Your email address will not be published.