Permohonan Kemasukkan Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Bagi Sesi Persekolahan 2021

0 510

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemasukkan ke Tingkatan satu Sekolah Seni Malaysia.

KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)

Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

OBJEKTIF SEKOLAH SENI

Berikut adalah objektif sekolah seni ditubuhkan:

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan ini dibuka bermula 21 Ogos 2020 sehingga 20 Oktober 2020.

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan kemasukkan ke sekolah seni adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik).
  • Sihat tubuh badan.
  • Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.

SYARAT KEMASUKKAN KE SEKOLAH SENI

Berikut adalah syarat kemasukkan ke sekolah seni:

  • Lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun (semasa di Tahun 5) sekurang-kurangnya 3B (mengikut subjek UPSR)
  • Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
  • Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  • Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  • Mengemukakan rekod kesihatan murid
  • Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia:

Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:

    • Pendidikan Kesenian – seni muzik;
    • Pendidikan Kesenian – senitari;
    • Pendidikan Kesenian – seni teater;
    • Pendidikan Kesenian – seni visual;
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Inggeris;
    • Matematik;
    • Sains;
    • Sejarah;
    • Pendidikan Islam atau Pend.Sivik dan Kewarganegaraan;
    • Pendidikan Jasmani dan P.Kesihatan

Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
   Teras:

    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Inggeris;
    • Sejarah;
    • Matematik Moden;
    • Sains;
    • Pendidikan Islam atau
    • Pendidikan Moral;

   Elektif Kesenian:

    • Muzik;
    • Tari;
    • Teater;
    • Seni Halus;
    • Komunikasi Visual;
    • Reka Bentuk.

   Elektif Kemanusiaan:

    • Prinsip Akaun;
    • Perdagangan;
    • Kesusasteraan Melayu.

CARA PERMOHONAN

Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah:

PERMOHONAN KEMASUKKAN SEKOLAH SENI

Sebelum mengemukakan permohonan, calon perlulah membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Calon perlulah melengkapkan segala maklumat yang diminta untuk mengemukakan permohonan.

SENARAI SEKOLAH

Berikut adalah senarai Sekolah Seni Malaysia. Antaranya :

  • Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ)
    Jalan Persiaran Sinaran Ilmu
    Bandar Seri Alam,
    81750, Masai
    Johor Darul Takzim
    Tel. : 07-3870215
    Faks : 07-3860215
    Emel : jea1091[at]moe.gov.my
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS)
    Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
    Jalan Sultan Tengah,
    93050 Santubong,
    Kuching, Sarawak
    Tel : 082-510356 / 536185
    Faks : 082-513917
    Emel : ssemks[at]gmail.com
  • Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL)
    Jalan Seladang Off Jalan Pasar
    55100, Kuala Lumpur
    Emel : wea0258[at]moe.gov.my
  • Program Pendidikan Seni
    SMK Muhibbah
    Kampung Baharu, Simpang Jalong,
    31100, Sg. Siput (U),
    Perak
    Tel : 05-5951350
    Faks : 05-5951351
    Emel : [email protected]
  • Program Pendidikan Seni
    SMK Elopura
    Peti Surat 1091,
    90712, Sandakan,
    Sabah
    Tel : 089-532036
    Faks : 089-533960
    Emel : [email protected]

Sekiranya anda mempunyai sebaran pertanyaan berkaitan pendaftaran dan ingin mengetahui dengan lanjut, anda boleh hubungi talian berikut:

  •  Pn Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721616
  • En Jamil Hamzah Bin Sazali
    Tel : 03-88721620
  • emelkan pertanyaan : [email protected]
Leave A Reply

Your email address will not be published.