[Senarai Lengkap] Harga Lesen Memandu 2020 & Peraturan Baru Sekolah Memandu

0 660

Individu yang sudah mencapai umur 16 tahun, anda sudah layak untuk memiliki lesen memandu B2 atau B full untuk motosikal. Manakala, bagi lesen memandu kereta syarat kelayakan adalah telah mencapai 17 tahun.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang harga lesen memandu dan peraturan baru yang telah ditetapkan

KELAS LESEN MEMANDU

Berikut adalah kategori dan kelas lesen memandu:

  • Lesen Motosikal Tidak melebihi 250cc – B2
  • Lesen Motosikal Melebihi 500cc – B
  • Lesen Kereta Tranmisi Manual – D
  • Lesen Kereta Tranmisi Automatik – DA
  • Lesen Bas atau Lori – E

HARGA LESEN MEMANDU

Berikut adalah anggaran harga maksimum bagi lesen memandu mengikut kelas yang telah ditetapkan:

  • Lesen Motosikal Tidak melebihi 250cc (B2) – RM350 – RM450
  • Lesen Motosikal Melebihi 500cc (B) – RM900 – RM1,100
  • Lesen Kereta Tranmisi Manual (D) – RM1,150- RM1,300
  • Lesen Kereta Tranmisi Automatik (DA) – RM1,250 – RM1,500

PERATURAN-PERATURAN BARU

Berikut adalah peraturan-peraturan baru yang diperkenal:

  • Institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020.
  • Ujian tanpa penguji akan dilaksanakan sebelum berakhir tahun 2020.
  • Semua ujian dibuat secara berkomputer dan dipantau melalui video di bilik kawalan.
  • Institut memandu juga diarah memasang kamera di dashboard kereta supaya dapat mengelakkan kejadian penguji sengaja gagalkan pelajar.

CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu:

Langkah 1 : Pendaftaran

Membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran institut memandu. Anda diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

Langkah 2 : Kursus Memandu

Kursus KPP diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia dan Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

Langkah 3 : Ujian Komputer

Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50.  Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon perlu mengulang semula ujian sehingga lulus.

Langkah 4 : Lesen L

Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu selepas lulus ujian teori undang-undang komputer.

Langkah 5 : KPP 02

Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

Langkah 6 : KPP 03

Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.

Langkah 7 : Ujian QTI

Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

Langkah 8 : Ujian Praktikal JPJ

Calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ yang diadakan pada hari yang telah ditetapkan. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon perlu membuat ujian ulangan sehingga lulus dengan adanya caj tambahan bagi institut tertentu.

LOKASI INSTITUT MEMANDU

Anda boleh membuat pengesahan dan semakan di institut memandu di pautan di bawah mengikut negeri anda:

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk mendapatkan lesen memandu yang sah untuk memandu di jalan raya. Untuk maklumat lanjut anda boleh mengujungi mana-mana institut memandu yang berkaitan dengan kawasan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.