Peluang Kerja Dengan SPA, Mohon Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 Disini. Kelayakan SPM

2,991

Orang ramai yang mempunyai kelayakan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bagaimana nak mohon jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 ini?

Pastikan anda membaca dahulu syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh SPA dan jika layak, anda boleh membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

INFO RINGKAS PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

Pastikan anda membaca dahulu info ringkas mengenai jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 disini dan info tersebut ialah:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,360.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

SYARAT KELAYAKAN LANTIKAN

Syarat kelayakan untuk lantikan sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 ialah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
    b) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
    c) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
    d) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
    e) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
    f) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
    g) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 2(c)(i), 2(c)(iii) dan 2(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Berminat dan dan layak? Anda boleh membaut permohona disin sahaja:

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

Antara tugas sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 ialah:

  • Menolong dalam menjalankan operasi penguatkuasaan
  • Penyediaan statistik penguatkuasaan
  • Menyediakan rekod operasi dan pendakwaan
  • Terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan
  • Kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa

Nota: Tugas hakiki seorang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah tertakluk kepada kementerian/jabatan/negeri yang akan korang ditempatkan.

KOLEKSI 100 SOALAN TEMUDUGA SPA KERAJAAN & SWASTA PALING POPULAR

Antara soalan yang sering ditanya oleh penemuduga semasa temuduga ialah:

  1. Ceritakan tentang diri anda.
  2. Apakah kelebihan diri anda? (strength)
  3. Apakah kekurangan diri anda? (weakness)
  4. Mengapa anda inginkan kerja ini?
  5. Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda dalam 5 tahun akan datang?
  6. Apakah jenis syarikat yang ideal untuk anda bekerja?
  7. Mengapakah anda tertarik dengan syarikat ini?
  8. Mengapakah anda rasa kami patut mengambil anda bekerja?
  9. Apakah perkara yang anda gemar terhadap kerjaya anda sebelum ini?
  10. Mengapakah anda berasa tidak puas hati dengan pekerjaan anda sebelum ini?
  11. Apakah kelebihan yang ada pada diri anda dan tidak ada pada orang lain?
  12. Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan anda sebelum ini?
  13. Mengapakah anda meninggalkan kerja lama?
  14. Sejauh mana pengetahuan anda tentang industri ini?
  15. Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
  16. Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja?
  17. Anda ada apa-apa soalan untuk saya?

Untuk soalan-soalan yang lain, anda boleh dapatkan sahaja disini.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: 7 Perkara Kena Buat Selepas Temuduga. Jangan Ingat Tak Ada Markah Tau!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.