Tawaran Menyertai Program Prihatin CIDB 2020, RM500 Elaun Latihan Setiap Peserta

0 556

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah membuka tawaran untuk menyertai Program Prihatin CIDB 2020. Program ini dijalankan untuk membantu individu yang terjejas ekoran pandemik Covid 19.

Peserta yang memenuhi kelayakan dan berminat dengan program akan menerima elaun latihan sebanyak RM500.00.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran menyertai Program Prihatin CIDB ini.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini dijalankan adalah untuk:

  • Melatih individu / personel binaan yang terkesan dengan pandemik Covid 19 melalui tajaan program latihan dan penilaian tahap penyeliaan dan penurusan CIDB.
  • Mentauliahkan individu / personel binaan ke arah pensijilan Sijil Kompentasi Kemahiran Pembinaan (SKKP) mengikut tahap kompentasi program.
  • Membuka peluang kepada individu / personel binaan untuk meningkatkan kemahiran iaitu kemahiran baharu, Reskilling / Upskilling.
  • Menempatkan individu / personel binaan yang berkelayakan ke program perantisan industri pembinaan CIDB.

PROGRAM PENTAULIAHAN YANG DITAWARKAN

Berikut merupakan beberapa program yang ditawarkan untuk Program Prihatin CIDB:

  • Penyelia Tapak Binaan (CSS) – Tahap 4 (selama 12 hari).
  • Eksekutif Pengurusan fasiliti (FME) – Tahap 4 (selama 12 hari).
  • Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan (CTMO) – Tahap 4 (selama 11 hari).
  • Pengurus pembinaan (CCM) – Tahap 5 (selama 20 hari).
  • Pengurus Pengurusan Fasiliti (FFM) – Tahap 5 (selama 15hari).

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Individu / personel binaan yang diberhentikan kerja (berpengalaman di dalam pembinaan).
  • Individu yang diberhentikan kerja (tiada pengalaman di dalam bidang pembinaan).
  • Individu / personel binaan yang masih bekerja di dalam industri pembinaan.
  • Graduan lepasan Diploma atau Ijazah.

CARA MEMOHON

Bagi individu / personel yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, anda boleh menghantar resume anda ke alamat di bawah:

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan ini, anda boleh terus menghubungi CIDB careline di talian 1 300 2432 atau emelkan terus ke alamat [email protected].

Leave A Reply

Your email address will not be published.