Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 1 Di SMA MAIWP & SMISTA Bagi Tahun 2022

567

Ibu bapa yang ingin anak-anak mereka meneruskan pelajaran Tingkatan 1 di SMA MAIWP dan SMISTA bagi tahun 2022, boleh membuat permohonan secara online mulai 8 disember 2021 ini.

Anda boleh dapatkan syarat-syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 1 di SMA MAIWP dan SMISTA bagi tahun 2022 disini sahaja.

Kemudian tunggu sehingga 8 Disember 2021 untuk mengisi permohonan anak anda.

TARIKH PERMOHONAN SMA MAIWP & SMISTA TAHUN 2022

Ibu bapa boleh membuat permohonan SMA MAIWP dan SMISTA pada tahun 2022 iaitu pada:

  • 8 hingga 31 Disember 2021

Tunggu sehingga 8 Disember 2021 baru buat permohonan ya!

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE SMA MAIWP & SMISTA TAHUN 2022

Baca dahulu syarat-syarat kelayakan kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA seperti berikut:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada murid yang lahir atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Modul Penilaian Kafa (MPKAFA).
  • Berkebolehan menulis jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.
  • Aktif dalam bidang kokurikulum.
  • Penilaian menggunakan kaedah Penilaian dan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah (PPKSRA).
  • Lulus cemerlang dalam temuduga kemasukan.

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 1 Di SMA MAIWP & SMISTA Bagi Tahun 2022

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 1 Di SMA MAIWP & SMISTA Bagi Tahun 2022

Nota: Hanya murid yang terpilih sahaja perlu menghadiri temuduga kemasukan sebelum disahkan kemasukan ke SMA MAIWP atau SMISTA pada tahun 2022 nanti.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan ke SMA MAIWP atau SMISTA pada tahun 2022 sila dapatkan di:

  • 03-4047 9444
  • https://www.maiwp.gov.my/
  • Facebook MAIWP

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.