Nak Tukar Nombor Telefon Di MySejahtera? Tak Payah Delete Akaun!

2,002

Apa nak buat kalau terpaksa tukar nombor telefon? Nak kena delete akaun aplikasi MySejahtera dan buat akaun yang baru ke?

Tak perlu! Ada caranya yang akan dikongsikan kepada anda nanti tau. Risau pula kalau delete nanti semua maklumat hilang pula kan.

Kalau tak perlu delete, apa yang perlu dilakukan untuk memasukkan nombor telefon yang baru? Tengok je cara-caranya disini.

TAK PERLU DELETE AKAUN MYSEJAHTERA, INI CARA TUKAR NOMBOR TELEFON

Apakah cara-caranya untuk masukkan nombor telefon pada aplikasi MySejahtera sekiranya anda menukar nombor telefon baru?

Cara-cara menukar nombor telefon baru ialah:

  • Update MySejahtera terlebih dahulu.
  • Kemudian klik pada profil dan klik pada titik tiga baris dibahagian menu.
  • Seterusnya klik pada Tukar MySJ ID.
  • Nombor telefon lama akan dipaparkan. Masukkan nombor telefon baru anda pada bahagian Enter New MySJ ID. Masukkan sekali lagi.
  • Akhir sekali, klik Confirm.
  • Lakukan perkara yang sama untuk pertukaran email jika MySJ ID yang anda gunakan adalah email.

Untuk lebih faham, anda boleh rujuk video dibawah.

Mudah rupanya! Tak perlu delete dan download semula aplikasi MySejahtera yang ada dan maklumat vaksin pun tak hilang kalau macam ni caranya kan.

Bagi anda yang ingin membuat cetakan sijil vaksinasi, klik sini untuk rujukan.

Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

Kalau sijil digital vaksinasi ada masalah pula, rujuk:

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.