Muntah Ikan Paus (Ambergris) Boleh Cecah Harga Juta-Juta? Betul Ke Boleh Buat Perfume?

381

Kecoh dan viral di media sosial mengenai penemuan muntah ikan paus atau lebih dikenali sebagai Ambergris.

Ia ditemui oleh seorang warga Malaysia yang berasal dari Terengganu ketika memancing bersama ahli keluarganya berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM, Marang, Terengganu.

Bagi anda yang tidak tahu apakah itu muntah ikan paus (Ambergris)dan apakah kegunaannya kerana ianya boleh mencapai harga sehinga berjuta-juta, boleh dapatkan beberapa maklumat mengenai topik ini disini.

INFO RINGKAS MUNTAH IKAN PAUS (AMBERGRIS)

Tidak semua orang tahu apakah keistimewaan dan kelebihan muntah ikan paus atau ambergris.

Kalau anda nak tahu, muntah ikan paus atau ambergris ialah:

  • Bahan yang terhasil daripada rembesan saluran hempedu dalam sistem pencernaan ikan paus sperma.
  • Ianya berwarna kelabu/kehitaman kusam, berlilin dan mudah terbakar.
  • Ianya sangat bernilai tinggi dalam industri minyak wangi iaitu:
    a) Sebagai bahan penetap supaya aroma tahan lebih lama
    b) Sugar ditemui menyebabkan ia digantikan dengan ambroksida sintetik

KANDUNGAN DALAM MUNTAH IKAN PAUS

Terdapat 3 bahan aktif utama yang menjadikan muntah ikan paus (ambergris) ini bernilai tinggi iaitu:

  • Ambrein: 25-45%
  • Epicoprosterol: 30-40%
  • Coprostanone: 3-4%

Untuk pengetahuan anda juga, tanpa 3 bahan aktif utama ini, ia akan menyebabkan muntah ikan paus (ambergris) tidak mempunyai nilai dan tidak berharga.

Muntah Ikan Paus (Ambergris) Boleh Cecah Harga Juta-Juta? Betul Ke Boleh Buat Perfume?

SAMPEL MUNTAH IKAN PAUS TIDAK TULEN

Menurut Univerisit Malaysia Terengganu (UMT), Sebanyak 18 sampel didakwa muntah ikan paus yang dianalisis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tiada kandungan ambrien iaitu komponen penting bagi menentukan ketulenan lilin ambergris atau lebih dikenali sebagai muntah ikan paus.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Profesor Madya Dr Hasrizal Shaari berkata, kesemua sampel diterima ditemui di perairan negara dan dihantar ke Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), UMT untuk proses analisis sejak Januari tahun ini.

Kebanyakan sampel yang dihantar tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif yang menjadi elemen penting kepada ketulenan sesuatu sampel ambergris sebaliknya lebih kepada kandungan lemak atau fatty acid.

Muntah Ikan Paus (Ambergris) Boleh Cecah Harga Juta-Juta? Betul Ke Boleh Buat Perfume?

Dah setel belum saman trafik? Kalau belum, boleh setelkan segera sebelum 31 Disember 2021 ini tau! Kalau aplikasi MyBayar Saman ada problem, guna je mesin ATM Maybank untuk setelkan saman tu sebelum terlambat ya! Ikuti langkah-langkah bayar saman guna mesin ATM melalui perkongsian dibawah:

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.