Cara Mohon Kemasukan Ke Kompleks Darul Asnaf Negeri Sembilan Sesi 2022

781

Jika anda mengetahui mana-mana asnaf di Negeri Sembilan, sila war-warkan kepada mereka bahawa Kompleks Darul Asnaf di Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan mereka.

Terdapat beberapa kekosongan di Kompleks Darul Asnaf iaitu di Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan, Kompleks Darul Asnaf Bandar Sri Sendayan dan di Darul Asnaf Seri Tanjung, Kuala Pilah.

Dapatkan syarat asas yang ditetapkan dan imbas Kod QR di bawah untuk download borang permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 3 Januari 2022

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Untuk pengetahuan anda juga, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menaja sepenuhnya perbelanjaan pelajar merangkumi:

  • Pakaian seragam sekolah
  • Duit belanja sekolah
  • Yuran PIBG dan Koperasi
  • Penginapan asrama
  • Makan dan minum di asrama
  • Pengangkutan ke sekolah
  • Kelas bimbingan akademik, sahsiah dan kerohanian

SYARAT ASAS KEMASUKAN KE KOMPLEKS DARUL ASNAF

Apa pula syarat asas kemasukan ke Kompleks Darul Asnaf?

Ini syarat-syarat yang anda perlu tahu:

  1. Terbuka kepada anak-anak daripada golongan fakir dan miskin di Negeri Sembilan
  2. Lelaki sahaja
  3. Berumur 13 hingga 16 tahun (Tingkatan 1-4 sesi persekolahan 2022)
  4. Melepasi ujian saringan yang dijalankan pihak MAINS
  5. Tidak mempunyai rekod disiplin atau jenayah
  6. Mempunyai keinginan untuk menetap di asrama serta direstui ibu bapa/penjaga

CARA MOHON

Anda boleh memuat turun borang permohonan dengan dua cara berikut:

Melalui Laman Web

Kod QR 

  • Anda juga boleh memuat turun borang dengan mengimbas Kod QR seperti poster di bawah.

Borang yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana Pejabat Kutipan atau Agihan MAINS berhampiran.

Cara Mohon Kemasukan Ke Kompleks Darul Asnaf Negeri Sembilan Sesi 2022

Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke Kompleks Darul Asnaf, sila ajukan ke:

  • 06-764 2445/762 2445

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.