Cara Mohon Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022. Imbas QR Code Disini Untuk Mohon

718

Penternak haiwan ternak ruminan dipelawa untuk membuat permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022.

Sebelum terlambat, anda boleh membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2021.

Dapatkan syarat-syarat  permohonan yang telah ditetapkan dahulu sebelum anda membuat permohonan.

TUJUAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN TAHUN 2022

Tujuan utama Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022 dibangunkan adalah:

  • Membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.
  • Skop bantuan adalah dalam bentuk induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri dan kambing tenusu-dengan konsep geran padanan 10;90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang/reban.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022 pada:

  • Tarikh buka permohonan: 1 Disember 2021
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2021

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dengan membuat imbasan Kod QR yang terdapat pada poster dibawah:

Cara Mohon Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022. Imbas QR Code Disini Untuk Mohon

  • Kemudian anda boleh muat turun borang yang telah lengkap diisi dan hantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Baca juga: Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i), Perlindungan Takaful Sehingga RM5,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022 dengan pihak urusetia di talian berikut:

  • 03-88702406/ 03-88702421

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.