Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

549

Cuti sekolah yang ada ini pastinya ada pelajar yang berumur 16 tahun ke atas ingin belajar dan mengambil lesen memandu motorsikal dan kereta.

Sekurang-kurangnya selepas ini tiada lagi belia yang tiada lesen memandu dan sudah pasti terlepas daripada disaman oleh polis trafik lagi selepas ini. Kalau ada yang tersangkut dengan saman PDRM dan ingin jelaskan saman tersebut, bolehlah buat pembayaran melalui MyBayar Saman atau melalui mesin ATM Maybank sahaja!

Kalau adik-adik semua nak ambil lesen memandu kereta dan motorsikal, elok kiranya adik-adik daftar di sekolah memandu yang berdekatan.

CARA-CARA DAFTAR LESEN MEMANDU

Adik-adik diluar sana boleh mendaftar lesen memandu motorsikal seperti berikut:

  • Mendaftar di sekolah memandu pilihan anda.
  • Mengikuti Kursus dan Latihan Teori Kelas Memandu selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  • Menduduki Ujian Komputer dan dapat Lesen L untuk Motorsikal jika lulus ujian komputer.
  • Menjalani latihan menunggang motorsikal.
  • Kemudian jalani Ujian JPJ.
  • Jika lulus Ujian JPJ anda akan mendapat Lesen P.
  • Calon akan mendapat Lesen Penuh selepas 2 tahun.

Untuk mendaftar lesen memandu kereta pula, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Bagi pendaftaran kali pertama, sila daftar di kaunter Sekolah Memandu pilihan anda.
  • Staf sekolah memandu akan menghubungi anda dan anda wajib membuat Pembayaran Pendahuluan untuk Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
  • Kursus KPP akan diadakan selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  • Calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan mengikut Etika Pemakaian JPJ.
  • Setelah menghadiri Kursus KPP, calon akan menduduki Ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit.
  • Selepas itu, calon akan memperolehi Lesen L dalam masa 1 minggu.
  • Calon diwajibkan membuat pembayaran kedua bagi menjalani KPP 2.
    KPP 2 akan dijalankan selama 16 jam.
  • Masa 8 jam akan diberikan untuk belajar memandu di dalam Litar.
  • Setelah selesai KPP 2, calon akan menjalani Latihan KPP 3 iaitu latihan memandu di jalanraya.
  • Borang Belajar Memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani Latihan KPP 2.
  • Calon akan menduduki Pra-Ujian yang akan dijalankan oleh Jurulatih bertauliah di Institut Memandu.
  • Calon yang lulus Pra-Ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
  • Seterusnya, calon akan menjalankan Ujian Praktikal JPJ.
  • Calon yang lulus dalam Ujian Praktikal JPJ akan mendapat Lesen Memandu P.
  • Calon akan menerima Lesen P tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 minggu.

Ingat, belum ada lagi ye pendaftaran lesen memandu secara online buat masa ini.

CONTOH SOALAN UJIAN KOMPUTER JPJ KPP TEST

Adik-adik boleh dapatkan contoh-contoh soalan ujian komputer JPJ KPP Test disini untuk rujukan.

Antara soalan-soalan ujian komputer JPJ KPP Test adalah seperti berikut:

Contoh Soalan Ujian Buta Warna

Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

Contoh Soalan Ujian Huruf, Nombor Dan Warna

Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

Contoh Soalan Ujian KPP Bahagian A

Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

Contoh Soalan Ujian KPP Bahagian B

Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

Contoh Soalan Ujian KPP Bahagian C

Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

Untuk contoh-contoh soalan yang seterusnya, anda boleh klik sini dan dapatkan untuk rujukan anda. Percuma sahaja!

Bagi anda yang nak renew lesen memandu pula, anda boleh dapatkan senarai harga lesen memandu terkini 2021 disini.

Cara Daftar Lesen Memandu & Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.