Cara Dapatkan Nombor Giliran JPJeQ, Mesra OKU, Warga Emas & Berkeperluan Khas

958

Pelbagai cara dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk memudahkan urusan orang ramai.

Termasuk juga dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana telah menambah baik sistem nombor giliran sedia ada iaitu JPJeQ.

Dapatkan cara-cara untuk mohon sistem nombor giliran JPJeQ disini dan kalau ada urusan di JPJ, boleh gunakan sistem ini sahaja.

FUNGSI JPJeQ

Fungsi aplikasi JPJeQ ialah:

  • Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.
  • Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.
  • Lepas dah ambil nombor giliran, bolehlah kita pergi ke tempat lain dahulu jika giliran kita masih lambat.

MUAT TURUN APLIKASI JPJeQ

Download dahulu aplikasi JPJeQ sebelum anda gunakan dipautan berikut:

Cara Dapatkan Nombor Giliran JPJeQ, Mesra OKU, Warga Emas & Berkeperluan Khas

CARA GUNAKAN JPJeQ

Untuk dapatkan nombor giliran JPJeQ, sudah pastinya anda perlu download aplikasi JPJeQ terlebih dahulu. Kemudian,

  • Semak cawangan terdekat
  • Hadir ke cawangan dan imbas kod QR
  • Pilih perkhidmatan yang ingin dilakukan
  • Anda akan menerima notifikasi nombor giliran
  • Setelah nombor giliran semakin hampir, anda akan diminta untuk ke kaunter bagi melakukan urusan yang dinyatakan tadi.

Cara Dapatkan Nombor Giliran JPJeQ, Mesra OKU, Warga Emas & Berkeperluan Khas

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, penggunaan sistem tersebut akan memudahkan dan melancarkan urusan pelanggan bagi mendapatkan slot janji temu di kaunter jabatan tersebut.

Baca juga: Jangan Lupa Ya! Renew Lesen Memandu & Road Tax Kenderaan Sebelum 31 Disember 2021

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.