Cara Mohon Ikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Kos Pengajian Free!

701

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai MAIWP telah membuka permohonan pengambilan khas Institut Kemahiran Baitulmal kepada para belia.

Jika anda ingin meningkatkan kemahiran yang sedia anda, MAIWP sangat mengalu-alukan anda untuk mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi Ambilan Januari 2022.

Malah, kos pengajian adalah percuma kerana ditaja sepenuuhnya oleh MAIWP. Nak mohon? Semak syarat dan cara permohonan disini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup agar tidak terlepas peluang yang ditawarkan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP ini.

Tarikh tutup permohan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 secara percuma ialah:

  • 21 November 2021

Baca juga: Cara Mohon Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40)

JENIS PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) TAHAP 3

Hanya 3 jenis Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 sahaja yang ditawarkan di Institut Kemahiran Baitulmal ini iaitu:

  • Penyediaan dan Pembuatan Makanan
  • Penyeliaan dan Pembuatan Pakaian Lelaki
  • Pembuatan Pakaian Wanita

TEMPOH PENGAJIAN

Semua pelatih perlu mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP selama tempoh berikut:

  • 12 bulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat kelayakan permohonan tersebut ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada pemohon lelaki dan wanita.
  • Brumur 18 – 30 tahun.
  • Mestilah sihat tubuh badan.
  • Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan had kifayah yang ditetapkan.
  • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam program berkaitan daripada mana-mana institusi kemahiran.
Nota: Kos pengajian adalah percuma sahaja kerana ditaja sepenuhnya oleh MAIWP.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online sahaja melalui 2 kaedah berikut:

Online

Kod QR 

  • Anda juga boleh membuat imbasan Kod QR dibawah untuk mengisi borang permohonan.
  • Jangan lupa, klik Submit setelah borang lengkap diisi dengan maklumat yang diperlukan.

Cara Mohon Ikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Kos Pengajian Free!

Baca juga: Cara Mohon & Daftar e-Start RM150 Kredit Melalui e-Dompet Belia

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai permohonan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di Institut Kemahiran Baitulmal, sila dapatkan di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.