SPUR 2.0: Dapatkan Cara-Cara Permohonan & Syarat Kelayakan Disini

821

Tahukah anda bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa individu dan usahawan Bumiputera untuk memohon Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 2.0 (SPUR 2.0).

Ia sangat untuk anda sekiranya anda memerlukan bantuan ini untuk memulakan perniagaan demi kelangsungan hidup selepas pandemik Covid-19.

Seterusnya dapatkan cara-cara membuat permohonan disini dan buat permohonan sekiranya anda benar-benar layak.

INFO RINGKAS SPUR 2.0 PUNB

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 2.0 atau SPUR 2.0 adalah:

  • Sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh PUNB pada 7 Mei 2021 dalam usaha membantu individu Bumiputera yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan wabak Covid-19.

Jumlah pembiayaan yang akan diterima oleh usahawan adalah sehingga:

  • RM100,000

Manakala tempoh pembiayaan pula seperti berikut:

  • Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)

KELEBIHAN PEMBIAYAAN SPUR 2.0 PUNB

Kelebihan pembiayaan SPUR 2.0 PUNB adalah seperti berikut:

  • Latihan dan kursus pembangunan usahawan.
  • Sewaan hartanah PUNB pada kadar yang kompetitif.
  • Ibra’ atau rebat pembiayaan sehingga 50% (tertakluk kepada terma dan syarat).

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon pembiayaan SPUR 2.0 PUNB ialah:

Usahawan​​

  • Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat COVID-19.
  • Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
  • Pemilik atau pemegang saham utama syarikat/perniagaan.
  • Perlu mengikut format permohonan yang telah ditetapkan di portal SPUR.

Perniagaan

  • Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi.
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  • Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
  • Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
  • Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
  • Tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
  • Keutamaan diberikan kepada yang telah mula menjalankan perniagaan.

Namun, tidak semua sektor-sektor perniagaan akan dibiayai oleh SPUR 2.0. Sektor yang dibiayai oleh SPUR 2.0 ialah:

  • Perniagaan dalam bidang peruncitan.
  • Sistem dan automasi.
  • Kesihatan.
  • Hospitaliti.
  • Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran).
  • Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus – kaligrafi, animasi – infografik, hiasan dalaman dan fesyen).

Sektor yang tidak dibiayai pula:

  • Pertanian dan perlombongan.
  • Perumahan dan hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan).
  • Kewangan (pembiayaan dan pajakan sama ada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang).

CARA MOHON

Untuk memohoan SPUR 2.0, apa yang anda perlu lakukan ialah:

SPUR 2.0: Dapatkan Cara-Cara Permohonan & Syarat Kelayakan Disini

  • Muat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian setelah berjaya membuat pendaftaran.
  • PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, e-mel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan dan proses seterusnya.

Kemudian lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

Untuk permohonan

1. Perniagaan yang telah beroperasi

  • Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).
  • Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah ditetapkan).
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
  • Gambar berukuran pasport pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (kemas dan berkolar bagi lelaki).
  • Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan terkini.
  • Pendaftaran syarikat: Enterprise – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)) – Sendirian Berhad – Borang 9, 24, 44, 49, 32A, M&A atau Seksyen 17, 78, 46(3), 58, (Sdn. Bhd.), 105, Perlembagaan atau yang setara.

2. Baru ingin memulakan perniagaan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
  • Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).

3. Video syarikat dan perniagaan (pemohon hanya perlu sediakan pautan). Spesifikasi video adalah seperti berikut:

  • Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi).
    Durasi maksimum video selama 3 minit.
  • Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat.
  • Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan.
  • Keistimewaan produk atau perkhidmatan.
  • Video haruslah kreatif dan menarik.

Untuk penyaluran pembiayaan

  • Sijil Perniagaan SSM/Sijil Profesional.
  • Invois sebut harga.
  • Penyata akaun bank – bukti nombor akaun syarikat/perniagaan.
  • Surat Kebenaran Akad.
  • Surat Akujanji.
  • Notis Pengeluaran.
  • Resolusi Lembaga Pengarah (Sendirian Berhad) – penerimaan kemudahan pembiayaan.
  • Surat Persetujuan Penerimaan Pembiayaan (LLP).
  • Data Perlindungan Peribadi (PDP2).

Baca juga: 10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 2.0, SPUR 2.0 PUNB, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di saluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.