Contoh Soalan Temuduga & Tugas-Tugas Arkitek Landskap Gred J41

701

Calon untuk temuduga jawatan Arkitek Landskap Gred J41 dah buat persediaan ke belum?

Kalau belum, dapatkan beberapa contoh soalan disini untuk ulangkaji dan buat simulasi temuduga.

Juga, dapatkan beberapa tips penting yang boleh anda aplikasikan ketika temuduga nanti.

INFO RINGKAS JAWATAN ARKITEK LANDSKAP GRED J41

Calon temuduga mesti ambil tahu info-info penting mengenai jawatan Arkitek Landskap Gred J41 kerana terdapat beberapa soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Apa yang perlu anda tahu mengenai jawatan Arkitek Landskap Gred J41 ialah:

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Jabatan
  • Gaji Minimum: RM2,529.00
  • Gaji Maksimum: RM9,643.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

DESKRIPSI TUGAS

Selain itu, setiap calon juga perlu tahu apakah deskripsi tugas sebagai Arkitek Landskap Gred J41 kerana ia merupakan salah satu soalan yang akan ditanya kepada calon temuduga.

Antara tugas-tugas sebagai Arkitek Landskap Gred J41 ialah:

  • Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam dan lanskap.
  • Memberi ‘input’ kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.

CONTOH-CONTOH SOALAN ARKITEK LANDSKAP GRED J41

Contoh-contoh soalan yang sering ditanya ketika temuduga Arkitek Landskap Gred J41 ialah:

  1. Sebutkan nama penuh dan latar belakang anda.
  2. Apakah tugas sebagai Arkitek Landskap Gred J41?
  3. Anda belajar dalam bidang apa?
  4. Apa yang anda faham dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa,1995 (pindaan)?
  5. Adakah anda mempunyai kemahiran dalam bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD)?
  6. Mengapa Arkitek Landskap Gred J41 lebih tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces)?
  7. Boleh saya tahu, adakah kerjaya sebagai Arkitek Landskap mempunyai persamaan dengan Pegawai Peracangan Bandar? Jika tidak, apakah perbezaannya?
  8. Sebutkan 3 daripada skop tugas tipikal dan tugas utama selain merancang dan merekabentuk landskap.
  9. Organisasi yang memerlukan perkhidmatan arkitek landskap di Malaysia selain JKR ialah?
  10. Tahu tak, seorang arkitek landskap perlu mempunyai ciri-ciri seperti kreatif dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam? Mengapa?
  11. Apakah misi dan visi Jabatan?
  12. Siapakah Pengarah di jabatan ini?
Nota: Setiap soalan yang dikongsikan ini adalah berdasarkan contoh daripada calon yang melalui temuduga Arkitek Landskap Gred J41 sebelum ini.

TIPS-TIPS TEMUDUGA

Anda juga boleh mendapatkan beberapa tips-tips temuduga melalui pautan berikut:

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.